Assalammualaikum...
Isu ni dari dulu tak selesai-selesai, tiada
penghujung dan noktahnya.. Mungkin sedikit penjelasan dan ulasan akan
memberikan sedikit pencerahan.
Berkaitan kenyataan McD
Malaysia. McD Malaysia membayar yuran franchisee kpd McD Corp USA. Ada
puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari
Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari hasil mereka ini sudah
berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).
Oleh kerana McD secara konsisten ada menyumbang kepada ekonomi Israel
sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikn mesej yang jelas
lagi tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD ada membuka
cawangan.
Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat
penafian bahawa ‘mereka tidak menyumbang kepada Israel’ bahkan mereka
adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka pemboikotan akan
gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah
bagi kepada Israel.
Tetapi jika setiap warga dunia mula
memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan
mesej yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kepada
Israel.
Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee sahaja
jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang
bolih dibeli oleh Israel dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat
Palestin.
Kerana itu, boikot adalah satu ‘peperangan’. Seruan
boikot akan diterjah semula oleh pihak musuh dengan mengatakan kami
‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita.
Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang
pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Jika semua negara membuat
pengistiharan seperti ini dan semua warga dunia terpedaya dengan seruan
kata-kata manis ini, maka boikot akan gagal secara keseluruhannya (total
failure).
Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempias
dari polisi McD Corp yang membiayai Israel, maka akhirnya McD Corp
terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada zionis
kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.
Ini boleh
dibuktikan betapa lebih 400 buah restoran rangkain McDonald di Jepun
sudah gulung tikar dan beberapa ratus lagi bakal menyusul Ingat boikot
adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’
untuk menggagalkan strategi boikot.
Nabi Muhammad SAW pernah
berpesan dengan maksudnya: " Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat
perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tidak
berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa
dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah
iman." Mengikut satu riwayat lain dan tidak ada selepas daripada itu
iman walaupun sebijik sawi. Ertinya kalau benci di dalam hati tidak ada,
maka bererti bersetujulah dengan kemungkaran yang berlaku.
kali ini banyak kanak-kanak yang menjadi korban..Ya Allah...
Nak pergi ke Gaza untuk sama-sama berjuang dengan para Mujahiddin Hamas
sudah pasti kita tidak ada kemampuan, maka cara selemah-lemah jihad yang
mampu kita lakukan ialah
BOIKOT
RESTORAN MCDONALD... KITA TIDAK AKAN MATI DAN RUGI JIKA TIDAK MENJAMAH
BURGER ATAU APA JUA MAKANAN YANG DIJUAL DIRESTORAN MCDONALD... BANYAK
LAGI MAKAN ALTERNATIF YANG BOLEH DIPEROLEHI DIRESTORAN LAIN.
JADILAH SEORANG MANUSIA YANG ADA PERASAAN KEMANUSIAAN.
Jazakhallah khairan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan