baru-baru ni Israel sekali lagi menyerang Palestine...kenapa adanya konflik ini? Ramai kanak-kanak yang terkorban...Ya Allah.....
Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.
Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara"
yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping
Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju
bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk
menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.
Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang
bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak
terhadap komitmen asas masing-masing.
Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.
Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin
(kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat
dengan Hamas di Jalur Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana
Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan
banyak negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.
Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.
Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan).
Ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan
sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara
mereka sendiri.
Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban
perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel
pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa
orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.
wassalam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan