Pertama sekali saya mengucapkan Selamat Tahun Baru
Islam kepada yang beragama Islam….. Saya agak pelik kerana ada yang salah
anggap tentang bulan Islam…dalam sehari lagi kita akan menyambut tahun
baru,tapi ada yang bagi ucapan kat kawan-kawan katanya “Salam Maulidur Rasul”
dan ada juga sebaliknya…Ya Allah,sungguh tidak percaya…Ya Allah berikanlah
mereka petunjuk….dan yang terbaru n hari ini,sy ternampak status dekat laman social
: “Esok , bermulanya bulan SYAABAN , Bulan dimana catatan amal kita ditutup ,
Diserahkan kepada ALLAH dan digantikannya dengan yang baru , Sebelum catatan
amal saya ditutup , Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja , Saya harap
, kamu maafkan saya ( semua )..
Nauzubillah…
X pe..sebagai kawan saya berikan
sedikit maklumat tentang Tahun Baru Islam dan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w…
Awal Muharram (Hijrah)
Ustaz Zainuddin Hashim
Wed | Jan 09, 08 | 3:36:57 pm MYT Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam
ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang
digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan
kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar
Jahiliah.
Maka Umar telah memilih tahun yang
terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w
untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.
Walaupun tahun yang dipilih adalah
tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain
selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu
sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi
orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.
Kalendar ini juga mengambil
peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana
dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama
Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan
tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil
dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu
itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan
dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.
Perbandingan kalendar juga telah
dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan
kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata
lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun
Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.
Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”
Maulidur Rasul (Kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w)
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Moga dgn maklumat ini,kita tidak
tersalah sejarah…amin..sama-sama ingat mengingati….
Sumber dari link dibawah...
http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul
http://ibnuabbas.wordpress.com/2008/01/13/sejarah-tahun-hijrah/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan