Ahad, 16 Disember 2012

Islam bertapak di Tanah Melayu (Kesultanan Melayu Melaka)

 Assalammualaikum..

saya  teringat masa melawat satu Muzium di Melaka ada menceritakan tentang sistem perundangan Islam di Melaka.. Ada gambar menunjukkan bagaimana seorang pencuri dihukum..saya ada maklumat tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu..




 Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu.



 Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

 

Kesultanan Melayu Melaka (كسلطانن ملايو ملاك) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.


Raja Kassim  (1446-1456)  pula merupakan  Sultan Melaka yang ke-5 dengan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah. Baginda mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu  seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama (semuanya tiga kali dan tewas) ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewaskan tidak jauh dari Muar.  Semasa pemerintahan baginda Melaka berada dalam tahap kegemilangan.
Pada itahun 1456 Sultan Muzaffar Syah diganti pula dengan Raja Abdullah  ataupun Sultan Mansur Syah sehingga tahun 1477. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah dakwah Islamiah telah berkembang dengan meluas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya ke gugusan Kepulauan Melayu. Pendakwa dari Melaka telah pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk menyebarkan agama islam. Terdapat pedagang yang datang ke Melaka turut mempelajari agama islam semasa berdagang, kemudian menyebarkan pula ke negeri masing-masing. Dasar perluasan kuasa juga membantu mengembang dan menyebarkan agama islam keseluruh semenanjung tanah Melayu dan negeri di Sumatera seperti Johor, Pahang, Rokan dan inderagiri. Disini dikatakan kebanyakkan penduduknya beragama  Islam.
 
Cuma saya kurang faham macam mana Malaysia dah tak amalkan perundangan Islam.contohnya kalau berzina direjam sampai mati,pastu mencuri potong tangan..kalau negara Islam mesti ikut perundangan Islam....

Sabtu, 1 Disember 2012

Just To Share (Final Fantasy 7)


Saya bukan lah peminat tegar Final Fantasy …tapi mahu berkongsi sahaja….
Saya amat meminati cerita Final Fantasy 7,sy baru je dapat tengok ceritanya..walaupun dah bertahun Final Fantasy ni keluar. Kenapa saya minat Final Fantasy 7?



 Semasa saya menonton Final Fantasy 7 Advent Children, saya ternampak beberapa watak yang muncul sekejap saya dalam cerita itu….saya pun tertanya-tanya siapa mereka…terutama sekali Zack(mula-mula tak tahu nama,hehehe) dan Aerith(cantik sangat dia).

Zack


 Dalam banyak-banyak watak Final Fantasy saya lebih suka Zack sebab dia lebih handsome…heee…tu sebab saya cari knp dia muncul sekejap dalam Advent Children…



Akhirnya saya dapat juga…mulanya Zack berguru dgn Angeal…dan pedang yang dia pegang adalah milik Angeal,sehingga dapat ke tangan Cloud kerana Zack mati di akhir Crisis Core…ada juga cerita Final Fantasy yang lain..tapi sy x berapa nk tau sangat.hee. Pada mulanya zack seorang yang tidak berapa matang..tetapi selepas melalui pelbagai rintangan dan sentiasa membantu Genesis,Sephiroh, Angeal daripada menjadi monster. dan masa itu lah Zack kenal dgn Cloud dan Aerith...cita-cita Zack adalah mahu menjadi hero disamping menjadi Soldier 1st Class...kalau nk tengok ceritanya ada kat you tube ( Final Fantasi VII - Crisis Core) ...

Genesis,Cloud,Aerith,Zack,Sephiroth,Angeal



Angeal mati ditangan Zack dan Sephiroth mati ditangan Cloud...

Ahad, 25 November 2012

Israel dan Palestine- Konflik antara mereka (doakan kesejahteraan Palestine)

 Assalammualaikum...

baru-baru ni Israel sekali lagi menyerang Palestine...kenapa adanya konflik ini?  Ramai kanak-kanak yang terkorban...Ya Allah.....

Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.



Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.



Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.
Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.
Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.
Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.
Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.

Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan rakyat Palestine..semoga Allah membantu mereka berjuang untuk agama..amin...

wassalam....



Kenapa Kita Perlu Boikot Rangkaian Restoran Mcdonald?

Assalammualaikum...

Isu ni dari dulu tak selesai-selesai, tiada penghujung dan noktahnya.. Mungkin sedikit penjelasan dan ulasan akan memberikan sedikit pencerahan.

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar yuran franchisee kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari hasil mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).





Oleh kerana McD secara konsisten ada menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikn mesej yang jelas lagi tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD ada membuka cawangan.

Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat penafian bahawa ‘mereka tidak menyumbang kepada Israel’ bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka pemboikotan akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan mesej yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kepada Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee sahaja jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu, boikot adalah satu ‘peperangan’. Seruan boikot akan diterjah semula oleh pihak musuh dengan mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.



Jika semua negara membuat pengistiharan seperti ini dan semua warga dunia terpedaya dengan seruan kata-kata manis ini, maka boikot akan gagal secara keseluruhannya (total failure).

Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempias dari polisi McD Corp yang membiayai Israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ini boleh dibuktikan betapa lebih 400 buah restoran rangkain McDonald di Jepun sudah gulung tikar dan beberapa ratus lagi bakal menyusul Ingat boikot adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’ untuk menggagalkan strategi boikot.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan dengan maksudnya: " Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman." Mengikut satu riwayat lain dan tidak ada selepas daripada itu iman walaupun sebijik sawi. Ertinya kalau benci di dalam hati tidak ada, maka bererti bersetujulah dengan kemungkaran yang berlaku.



kali ini banyak kanak-kanak yang menjadi korban..Ya Allah...

Nak pergi ke Gaza untuk sama-sama berjuang dengan para Mujahiddin Hamas sudah pasti kita tidak ada kemampuan, maka cara selemah-lemah jihad yang mampu kita lakukan ialah

BOIKOT RESTORAN MCDONALD... KITA TIDAK AKAN MATI DAN RUGI JIKA TIDAK MENJAMAH BURGER ATAU APA JUA MAKANAN YANG DIJUAL DIRESTORAN MCDONALD... BANYAK LAGI MAKAN ALTERNATIF YANG BOLEH DIPEROLEHI DIRESTORAN LAIN.

JADILAH SEORANG MANUSIA YANG ADA PERASAAN KEMANUSIAAN.

Jazakhallah khairan

Sabtu, 17 November 2012

What is inside your mind...

I've never been perfect,
But neither have you,
 I'm tired of being what you want me to be,
Feeling so faithless, lost under the surface,
Don't know what you're expecting of me,
Put under the pressure of walking in your shoes,
Every step that I take is another mistake to you.





 Become so tired, so much more aware
I'm becoming this, all I want to do
Is be more like me and be less like you.



Forgetting all the hurt inside,
You've learned to hide so well,
Pretending someone else can come,
And save me from myself,




Why does it feel like night today?
Something in here's not right today.
Why am I so uptight today?
Paranoia's all I got left
I don't know what stressed me first
Or how the pressure was fed
But I know just what it feels like
To have a voice in the back of my head
It's like a face that I hold inside
Like a face that awakes when I close my eyes
A face watches every time I lie
A face that laughs every time I fall

 I know I've got a face in me
Points out all my mistakes to me
You've got a face on the inside too and
Your paranoia's probably worse
I don't know what set me off first but I know what I can't stand
Everybody acts like the fact of the matter is
I can't add up to what you can but
Everybody has a face that they hold inside

 When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory

Selasa, 13 November 2012

Awal Muharram dan Maulidur Rasul...


Pertama sekali saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam kepada yang beragama Islam….. Saya agak pelik kerana ada yang salah anggap tentang bulan Islam…dalam sehari lagi kita akan menyambut tahun baru,tapi ada yang bagi ucapan kat kawan-kawan katanya “Salam Maulidur Rasul” dan ada juga sebaliknya…Ya Allah,sungguh tidak percaya…Ya Allah berikanlah mereka petunjuk….dan yang terbaru n hari ini,sy ternampak status dekat laman social : “Esok , bermulanya bulan SYAABAN , Bulan dimana catatan amal kita ditutup , Diserahkan kepada ALLAH dan digantikannya dengan yang baru , Sebelum catatan amal saya ditutup , Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja , Saya harap , kamu maafkan saya ( semua )..
 
Nauzubillah…

X pe..sebagai kawan saya berikan sedikit maklumat tentang Tahun Baru Islam dan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w…


Awal Muharram (Hijrah)

Ustaz Zainuddin Hashim
Wed | Jan 09, 08 | 3:36:57 pm MYT Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.
Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.
Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.
Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.
Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sebab-sebab berlaku Hijrah

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.
Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”


 
Maulidur Rasul (Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w)

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Moga dgn maklumat ini,kita tidak tersalah sejarah…amin..sama-sama ingat mengingati….

Wassalam….

Sumber dari link dibawah...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul
http://ibnuabbas.wordpress.com/2008/01/13/sejarah-tahun-hijrah/