Jumaat, 19 Oktober 2012

Persiapan ke alam perkahwinan Part 1

Assalammualaikum....

Sebelum memulakan bicara,saya minta maaf jika entry saya kali ni ada yang tak suka...bukan apa...sekadar bercerita...tetapi tidak bermaksud bercerita mengenai saya..hee

Alam perkahwinan sangat indah,jika disulami cinta Ilahi...betul tak? Nak kahwin ni macam-macam persiapan kena ada....yang penting sijil kursus perkahwinan...saya difahamkan kursus perkahwinan sangat berbeza mengikut negeri...tetapi tidak pasti apa perbezaannya...yang penting penghayatan dan pengajaran nya......

ketika menyertai kursus Pra-Perkahwinan di Melaka

Lepas kursus,dah ada sijil,mula nak buat persiapan untuk jemputan pula....nak tempah kad..tu pun kadang-kadang ambil masa juga,biasa la manusia kan suka memilih...heeee...
Mengenai hantaran,sekarang ni tak susah,ada individu yang ada membuat tempahan hantaran...bagus juga business macam ni....pilihan andaman...biasa bakal pengantin akan memilih tema warna baju...biasa la,nak ikut kehendak...heeee...selain daripada baju,pilihan dekorasi pelamin dan kerusi...kerusi pun nk pilih juga ek...heeee

ok katering pula,biasanya food and beverages ni mak ayah yang pilih..ke ada yang kene pilih sendiri? tak tau la...biasa kalau saya pilih,mestilah nk murah dan berbaloi...

InsyaAllah,saya akan diijabkabulkan bulan Mac 2013...sekarang ni dah tempah andaman dan kad jemputan......barang-barang untuk hantaran ada yang sudah beli...cuma sekarang ni hantaran saya masih lagi berfikir nak gubah macam mana..heee...hhmmmm..kene ambil surat nikah, ujian HIV....macam-macam lagi ek..heee...insyaAllah,saya harapkan semuanya berjalan lancar,dan saya mahukan perkahwinan ini bahagia bukan sahaja di dunia,tetapi di akhirat jua....wassalam...

cantik kan..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan