Assalamualaikum wbt..
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati
1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir
*Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya
suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.
Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami.
Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah
dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.
4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
Ustazah Siti Nur
Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh
merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri
iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200
surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci
kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan
Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab
terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang
kosong.
“Ketika kita jauh
daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan
menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap
keluarga,” katanya.
Sesungguhnya yang BAIK itu datang dariNYA, dan yang BURUK itu datangnya dari diri kita sendiri..
P/S: Jujur, Ikhlas, saling faham memahami, bertolak ansur juga sabar, 'kunci' kebahagiaan berpanjangan.
insyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan