Sabtu, 4 Januari 2014

Raikan Cinta

Assalammualaikum.....

Dah lama x update blog yg usang ni.....sekadar mahu berkongsi sesuatu utk kali ini...
Majlis pernikahan dan persandingan saya bersama suami tercinta pada 2.3.2013....sy memilih tema kuning atau gold sebab dah nama raja sehari..so mestilah seperti raja sehari...heee





Hubby saya Mohd Zuraidi Bin Sulaiman....


apepun alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

mlm sebelum nikah sy buat khatam Al-Quran...
di dapor
kira macam pelamin jg la..hee

ketika membaca 

masa nk bg bunga telur..hehehe


my siblings..should be have another one..huDi
Dihari Akad Nikah...



Umi dgn abah





Majlis Resepri di rumah abah dan umi.....

Sultan dan permaisuri sedia naik pelamin


Arwah nenek

my cousin

antara yang memeriahkan majlis..heee


semasa persalinan....









Semuanya berjalan lancar...saya mengucapkan terima kasih kepada yang menjayakan majlis ini terutama sekali sanak saudara yang bertungkus-lumus.....semoga kalian berbahagia di dunia dan akhirat...amin....

Wassalam


Jumaat, 13 Disember 2013

Tip Mengelak Jerawat

Assalammualaikum.....
Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi.
Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang.
Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.


Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
1. Ambil wudu’ sebelum tidur.
2. Pastikan diri berwudu’ sepanjang masa.
3. Elakkan diri daripada tekanan.
4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

Wassalam...

Ahad, 27 Oktober 2013

Wajah Yang Berseri@ Manis....

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Lelaki itu mengadu,“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”


Guru menjawab sederhana, “Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang sederhana namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria. Menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”
Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.


Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Namun sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum dan mukanya berseri. Tidak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat: Awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan: Senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Wassalam....

Jumaat, 25 Oktober 2013

Petua untuk Masalah Rambut...

Assalammualaikum...
Rambut merupakan mahkota wanita...Semua orang pasti mengimpikan rambut yang cantik dan sihat. Masalah rambut gugur, bercabang atau berkelemumur merupakan antara masalah rambut yang sinonim diperkatakan. Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis masalah rambut yang menghantui diri kita. Oleh itu, pelbagai produk penjagaan rambut di komersialkan. Namun, masalah rambut kita masih tidak dapat di selesaikan.

Justeru itu, cara tradisional mula menjadi pilihan. Di samping murah, mudah dan tidak mempunyai bahan kimia, cara tradisional membuatkan kita lebih menghargai ciptaan Illahi serta mendalami hikmah setiap ciptaanNya. Dan yang paling menyakinkan kehalalannya kerana kita yang menyediakannya sendiri.
Jom kita intai petua untuk rambut yang cantik dan sihat ^^
Petua 1 :: Mengelakkan Rambut Gugur ::
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. InsyaAllah pasti membuahkan hasil.
Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut
Petua 2 :: Elak Rambut Gugur-Rambut Lembut Dan Harum ::
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.
Petua 3 :: Rambut Berminyak ::
Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaAllah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.
Petua 4 :: Masalah Rambut Kering ::
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalan 20 minit dan bersihkan
Petua 5 :: Menghitamkan Rambut ::
Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkannya.
Petua 6 :: Rambut Berbuah ::
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Petua 7 :: Meluruskan Rambut ::
Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Petua 8 :: Rambut Cepat Panjang ::
Ambil beberapa batang serai, kemudian ketuk serai agar batangnya pecah sedikit dan rebus selama beberapa minit sehingga naik aroma. Setelah itu, sejukkan. Ambilkan air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala. Selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut ia juga mampu menyejukkan kulit kepala.
Petua 9 :: Elak Rambut Mudah Beruban ::
Bancuh sedikit minyak kepala, lender dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian lumurkan pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam kemudian bilas hingga bersih.

Petua 10 :: Melebatkan Rambut ::
Lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala. Kemudian, bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas sehingga bersih. Amalkan dua minggu sekali.
Petua 11 :: Rambut Bercabang ::
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lender. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala selama 10 minit dan kemudian bilas dan keringkan rambut. Amalkan dua kali seminggu.
Selamat Mencuba!!! ^^

Jumaat, 4 Oktober 2013

Relakan Jiwa-Hazama

Ku Relakan Jiwa.... Kusangka hidupku Selamanya kelam Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta... Memaksa diriku Menapaki jalan Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku Kini Kau pun hadir Memberi cahaya Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri Menuntun hatiku ke palung asmara Seakan ku hidup kembali dari matiku
Engkaulah cinta Yang selama ini aku cari Ku Relakan Jiwa Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku Hati bukan untuk dimiliki Tapi untuk dicinta dan mencintai Kurelakan jiwaku padamu Engkaulah cinta Yang selama ini aku cari Ku relakan jiwa Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku Seandainya waktu Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu Akan kubiarkan mati hatiku selamanya Sehingga kau datang membangunkan aku

Khamis, 15 Ogos 2013

Beta HCG Levels-how to interpret them

Many poeple not now about Beta HCG...so i want to inform about this...stay read ok.. One drawback with the HCG test is that a positive HCG simply means a pregnancy is present in the body - it does not provide any information about the location of this pregnancy, which may be tubal or ectopic. Successful conception is clinically confirmed by a blood test for the presence of beta HCG. It is the most sensitive, accurate and reliable of pregnancy tests. When you finally get pregnant, the doctor will monitor the health of your pregnancy by measuring your beta HCG ( also known as beta) levels. A pregnancy should be documented as early as possible. This is important, because appropriate care and precautions can then be taken at an early stage. The most sensitive, accurate and reliable pregnancy test is a blood test for the presence of beta HCG (human chorionic gonadotropin), often just called "beta". The HCG is produced by the embryo, and is the embryo's signal to the mother that pregnancy has occurred. Beta HCG levels vary according to the gestational age. In a non-pregnant woman, they are less than 10 mIU/ml. The levels are higher in a multiple pregnancy; and if the levels don't double as expected, this suggests that the pregnancy is unhealthy. Possibilities include a non-viable intrauterine pregnancy which will miscarry; or an ectopic pregnancy. The major advantage of blood tests is the fact that they measure the actual level of the HCG in the blood - and this factor can be very helpful in managing pregnancy problems, if they occur. Most clinics start testing beta HCG levels about 14 - 16 days after egg collection; and repeat the test every 48-72 hours. As the embryo grows rapidly, HCG levels normally double every 2 to 3 days. Thus, one reliable sign of a healthy pregnancy is the fact that the HCG levels are increasing rapidly, and often doctors will measure serial beta HCG levels 3 days apart in order to determine the viability of the pregnancy.

Isnin, 18 Februari 2013

Ratu Balqis



Kerajaan Saba pernah dipimpin oleh seorang Ratu yang bernama Balqis. Kepimpinan Balqis menunjukkan bahawa seorang wanita boleh terlibat dan berperanan dalam mengelola pemerintahan. Balqis termasuk seorang Ratu yang bijaksana, suka berunding dan berdamai. Negeri Saba yang dipimpinnya disebut di dalam al-Quran sebagai negeri yang baik dengan Tuhan Yang Maha Pengampun (Surah Saba: 15), kerana Allah s.w.t telah mengurniai tanah Saba dengan lading-ladang yang amat subur.


Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.
Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca. 



Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.
Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.
Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.
Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.
Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya. 


Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.
Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil. 




Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.
Firman Allah SWT:
“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13)..


Wassalam...